PEMAIN boling negara, Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range hari ini.
Bowling Malaysia menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini memaklumkan, pemain berusia 30 tahun itu merangkul gelaran keempat kejohanan Singapura itu selepas menumpaskan pemain tuan rumah Shirlene Wong untuk memenangi wang tunai sebanyak S$15,000 (RM51,507.03).
Iklan
Iklan
Sebelum mara ke final, Li Jane hanya menduduki tangga kedua perlawanan dengan membuat 1,748 jatuhan pin manakala Shirlene membuat jatuhan pin sebanyak 1,808 pada pusingan Masters kedua, namun bangkit menewaskan Shirlene 227-193 dan 195-178 pada perlawanan pertama dan kedua pusingan akhir.
Li Jane sebelum ini turut memegang gelaran juara kejohanan berkenaan pada 2010, 2013 dan 2014.
Berbeza nasib, pemain boling lelaki Timmy Tan gagal memegang gelaran juara kategori lelaki apabila diketepikan pemain Sweden Kim Bolleby 184-213 pada perlawanan pertama, pusingan akhir kejohanan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan