Wan Saiful, anak Noh Omar bertanding di Selangor pada PRN?

Iklan
Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan Wan Saiful dan anak Tan Sri Noh Omar dijangka bertanding pada PRN Selangor atas tiket PN.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan anak bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Noh Omar disebut-sebut antara individu bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Selangor, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menurut sumber, Wan Saiful bakal bertanding bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal di bawah Parlimen Bangi yang kini disandang, Mazwan Johar dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Iklan
Iklan

Sementara itu, sumber juga mendedahkan anak Noh, Nurul Syazwani pula dikatakan bakal bertanding di kerusi Permatang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Tanjung Karang pada PRN nanti.

*Baca berita selanjutnya di Sinar Premium.

Iklan
Iklan