Sinar Harian raih Dokumentari Video Terbaik MPI

Iklan
Pasukan Premium Sinar Harian mendapat tempat kedua Kategori Dokumentari Video Terbaik HKM MPI-Petronas 2022 pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Sinar Harian memenangi tempat kedua bagi Anugerah Kategori Dokumentari Video Terbaik sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2022 (HKM MPI-Petronas 2022) pada Jumaat malam.

Laporan bertajuk ‘Sungai Rambai Sungai Paling Tercemar Di Malaysia’ disediakan oleh pasukan Premium Sinar Harian terdiri daripada Nurul Riduan Nor Ashaha, Liza Mokhtar, Nurul Nabila Ahmad Halimy, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari, Afnan Imadi Zainal Ayub, Rosli Talib dan Muhammad Hafiz Adnan.

Iklan
Iklan

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Malam Wartawan Malaysia 2023.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang sebanyak RM1,500 berserta sijil.

Iklan

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai tercemar berada pada Kelas Empat, antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Melaka, Selangor/Kuala Lumpur.

Tempat pertama bagi kategori itu dimenangi oleh TV3 untuk siri laporan tragedi peristiwa tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pada 16 Disember tahun lalu.

Iklan

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.