PN akui harap 'sesuatu' daripada KJ

Iklan
Takiyuddin

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) mengakui yang mereka sememangnya mengharapkan 'sesuatu' daripada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bagaimanapun sehingga kini Khairy masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi memaklumkan memilih untuk bersama dengan PN.

Iklan
Iklan

"Setakat ini dia belum putus lagi di mana dia nak pergi, tapi dia tetap bersama dengan kita (PN). Ada pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dengan Khairy dan pimpinan kita pun ada jumpa.

"Terbaharu dalam bulan ini dah ada perjumpaan dan kita juga difahamkan yang dia (Khairy) akan tetap jadi pengundi di Negeri Sembilan. Itu perkembangan yang baiklah," katanya ketika ditemui selepas majlis Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di sini pada Sabtu.

Iklan

Ujarnya, sudah tentu Khairy memerlukan satu platform yang sesuai untuk masa depan politiknya dan PN adalah yang paling sesuai.

"Sebagai seorang pimpinan kanan dalam sebuah parti yang besar dan tiba-tiba dipecat, sudah tentu dia(Khairy) perlukan satu platform yang sesuai dan pada masa ini hanya PN yang sesuai untuk dia,"katanya.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, Khairy memaklumkan akan bertemu dengan Muhyiddin pada minggu depan.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti itu.