BINTANG Arsenal, William Saliba telah mencapai persetujuan dengan The Gunners mengenai kontrak baharu yang menyaksikan dia bersedia untuk kekal di Emirates sehingga sekurang-kurangnya musim panas 2027.
Biarpun pemain Perancis itu belum mengesahkan penyambungan khidmat di Stadium Emirates, namun kedua-dua pihak dilaporkan gembira dengan syarat perjanjian yang akan ditandatangani dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Sebelum ini timbul kebimbangan dalam kalangan penyokong setia Arsenal berkenaan status jangka panjang Saliba yang disifatkan semakin jauh dari utara London.
Pemain tengah itu yang hanya mempunyai satu tahun lagi kontrak bersama Arsenal telah pun menarik minat beberapa kelab terbesar benua Eropah.
Gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid dan jagoan Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dikaitkan dengan Saliba dalam beberapa bulan kebelakangan ini, hasil kempen debut sensasinya bersama Arsenal.
Biarpun begitu, komitmen pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk mengekalkan para pemainb musim lalu termasuk Saliba.
"Saya fikir dia (Saliba) luar biasa sejak kembali dari tempoh pinjaman dan kami mahu memberi ganjaran kepadanya, itu sudah pasti. Kami akan mencari masa yang sesuai untuk melakukannya," katanya.
Sebagai rekod, timbul tanda tanya mengenai status Arteta dengan Saliba, memandangkan pemain Perancis itu mengambil masa tiga musim dipinjamkan di Saint-Etienne, OGC Nice dan Marseille sebelum dia membuat penampilan sulung kompetitif di Arsenal.