Disangka sugar glider rupanya kongkang

Iklan
Anggota APM membawa balik kongkang untuk diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Selangor.

SHAH ALAM - Seorang suri rumah terkejut, haiwan yang disangka seekor sugar glider rupa-rupanya adalah kongkang.

Haiwan itu ditemui di kawasan kebun wanita berkenaan di Bukit Jelutong, di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Klang, Leftenan Muhammad Najib Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan perkara itu pada jam 10.05 pagi tadi.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan anggota dihantar ke lokasi untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Katanya, haiwan itu berjaya ditangkap dengan bantuan penduduk sekitar.

"Haiwan ini agak bahaya tapi kita guna kaedah jerut untuk menangkapnya.

Iklan

"Pemeriksaan juga mendapati haiwan itu memang kongkang dan ia spesies yang amat jarang ditemui," katanya.

Menurutnya, kongkang merupakan spesis terancam dan ia akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, orang ramai yang mungkin menemui haiwan ini diminta untuk segera memaklumkan kepada pihak berkaitan.

"Ini amat penting bagi memastikan haiwan seperti ini dapat dilindungi," katanya.

Kongkang atau nama saintifiknya Nycticebus Coucang adalah hidupan liar dilindungi sepenuhnya dan tiada lesen dikeluarkan bagi tujuan menangkap atau memelihara spesies itu.

Ia haiwan daripada kumpulan monyet yang aktif pada waktu malam dan dikenali dengan sifatnya bergerak amat perlahan.

Namun, kongkang satu-satunya kumpulan monyet yang boleh mengeluarkan racun sehingga menyebabkan kejutan anafilaksis serta kematian termasuk kepada manusia.