Ka Siong letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

Iklan
Ka Siong

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.

Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi laman Facebook miliknya pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau menyerahkan baton kepada pengerusi yang baru dipilih oleh ahli parti untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

"Perjalanan karier politik saya tidak semuanya berjalan lancar dan telah melalui pelbagai cabaran, pasang surut dalam politik untuk saya berada di tempat sekarang.

Iklan

Tambah Ka Siong, mereka menyaksikan banyak detik penting termasuk perkahwinannya dan menjadi jurutera bertauliah.

"Ramai rakan dari bahagian ini telah berkongsi peristiwa penting hinggalah saya diberi amanah memimpin parti.

Iklan

"Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama baik dan berkongsi perjalanan indah ini bersama saya. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan anda semua selama ini," jelasnya.