BOGOTA - Hilang selama 40 hari di hutan hujan Amazon telah memaksa empat kanak-kanak Orang Asli memakan biji-bijian, akar kayu dan tumbuhan demi kelangsungan hidup.
Ikhtiar hidup ini hasil pengetahuan daripada golongan komuniti Orang Asli di tempat mereka membesar.
"Kelangsungan hidup anak ini adalah tanda pengetahuan dan hubungan dengan persekitaran semula jadi yang dipelajari sejak dalam kandungan ibu mereka," menurut Pertubuhan Kebangsaan Orang Asal Colombia (OPIAC).
Empat adik-beradik itu terselamat dalam nahas pesawat kecil pada 1 Mei yang meragut nyawa juruterbang, ibu mereka dan seorang lelaki dewasa.
Mereka dikatakan tidak berpecah selepas nahas tersebut dan membolehkan mereka hidup sehingga ditemui pada Jumaat lalu.
"Anak-anak belukar' gelaran diberi datuk mereka yang mana kanak-kanak ini memakan tepung yucca semasa atas pesawat dan mengais bungkusan bantuan makanan yang digugurkan oleh helikopter mencari.
Menurut jurucakap Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Colombia (ONIC), Luis Acosta, kanak-kanak itu memakan biji-bijian, buah, akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang dikenal pasti boleh dimakan hasil pengetahuan dibesarkan di rantau Amazon.
Acosta yang mengambil bahagian dalam operasi mencari berkata, kanak-kanak ini disemai dengan 'kuasa rohani'
Inilah yang persepsi yang dikongsi bersama di kalangan pemimpin Orang Asli dan Acosta menyatakan seorang penjaga akan ditempatkan di luar hospital tentera untuk membantu menemani 'secara rohani' ketika doktor merawat kanak-kanak itu.
"Kami mempunyai hubungan tertentu dengan alam semula jadi," kata seorang lagi pemimpin ONIC, Javier Betancourt.
Semasa operasi mencari, tentera ditemani penjejak di kalangan Orang Asli selama 20 hari dan berjaya ditemui pada Jumaat lalu. - AFP