Subsidi petrol di peringkat kajian akhir data

Iklan
Saifuddin memotong belon sebagai simbolik perasmian stesen minyak Smart Stream di Felda Siantan Jengka 19 di sini hari ini.

KUANTAN - Subsidi petrol bagi golongan sasar berkemungkinan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat yang kini berada di peringkat akhir kajian data.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution berkata, keputusan tersebut masih tidak dapat dilaksanakan berikutan satu komponen laporan data persiapan penerima masih belum diterima.

Iklan
Iklan

Menurutnya, subsidi tersebut perlu dilakukan dengan lebih kemas bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan kemas.

"Persiapan data lain semua sudah dan kita akan pastikan semuanya lengkap sebelum mengumumkan pelaksanaan program (subsidi) tersebut.

Iklan

"Kita juga akan bentangkan kepada Jemaah Menteri untuk satu keputusan muktamad dan kita juga sentiasa memberikan segala perkembangan laporan subsidi tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Subsidi bersasar itu bagus ideanya tapi kalau data tersasar dia tak sempurna, itu kita tak mahu. Yang patut ada tercicir dan yang tak patut ada nanti, ada pula...Jadi, kita akan pastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Stesen Minyak Smart Stream di Felda Siantan Jengka 19 di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Urusan Smart Stream Resources Sdn Bhd, Mohd Khairuddin Saimon dan Pengerusi Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad Mohd Hanifah B K Koya Moideen Kutty.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, dengan penubuhan stesen minyak baharu di Felda tersebut dapat memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar untuk mendapat minyak petroleum.

Menurutnya, ini juga merupakan salah satu program peruncitan yang berkesan menjadi pemangkin dan pemacu aktiviti keusahawanan dan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.

"Dengan pembinaan stesen minyak tersebut, kita mampu membendung penjualan minyak yang tidak mengikut spesifikasi seperti jual dalam botol yang bahaya dari segi keselamatan.

"Saya berpuas hati kerana selain dapat mengisi minyak, saya dapat melihat banyak kemudahan seperti mesin ATM, penduduk boleh bayar bil dan juga mempunyai farmasi mini.

"Dengan kemudahan ini, ia mampu menaikan imej sebuah stesen minyak kecil luar bandar dan mengubah tanggapan masyarakat terhadap stesen minyak yang selalunya berkeadaan tidak bermaya," katanya.