PROSES perobohan Stadium Shah Alam bakal bermula awal Oktober ini selepas terpaksa ditangguhkan dari jadual asal iaitu bermula bulan ini atas sebab-sebab tertentu.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerangkan walaupun proses permulaan bermula sedikit lewat namun, jangkaan siap sepenuhnya masih pada tahun 2026.
"Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini," katanya.
"Sekarang ini proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudah dilakukan.
"(Kompleks) tetap akan siap pada tahun 2026 iaitu mula awal 2026 dan (siap) suku ketiga tahun 2026."
Sementara itu, Amirudin yang ditemui di Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan sempena Program Selangor Youth Festival 2023 hadir memberi sumbangan RM500 kepada semua pemandu e-hailing khususnya di negeri Selangor. - Astro Arena
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tapak tanah dikenal pasti biaya kos Kompleks Sukan Shah Alam
Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ