Pemandu bas tersepit, sembilan penumpang cedera

Iklan
Seorang pemandu bas yang tersepit selepas bas dipandunya melanggar tiga kenderaan lain di susur keluar Lebuhraya Kesas, Klang pada Isnin. - Foto Bomba Selangor

KLANG - Seorang pemandu bas parah manakala sembilan penumpang cedera ringan selepas bas kilang dinaiki merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di susur keluar Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang telah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat, bas dipandu lelaki berusia 48 tahun itu membawa 40 pekerja kilang.

"Setiba di lokasi kejadian berhampiran Telok Gong, bas terbabit telah merempuh sebuah bas kilang lain dan dua kereta di hadapannya.

Iklan

"Akibat kemalangan terbabit, pemandu bas kilang telah tersepit dan mengalami patah paha kanan sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, sembilan penumpang bas terbabit turut dilaporkan mengalami cedera ringan, bagaimanapun pemandu tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Iklan

"Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut," ujarnya.