Malaysia perlu bangun pelan tindakan tarik penanam baharu

Iklan
Fadillah - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu membangunkan pelan tindakan bagi mengekalkan bakat sedia ada dan menarik generasi baharu penanam untuk menjadi penggerak industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, industri ini akan menghadapi kekurangan penanam yang berbakat dan berkelayakan.

Iklan
Iklan

"Sesetengah penanam telah bersara atau akan bersara malah ada yang mencari ‘padang rumput yang lebih hijau’ di negara lain.

"Susulan ini, sektor perladangan akan menghadapi kekurangan penanam yang berkelayakan,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Penanam Antarabangsa Ke-10 (IPC 2023) di sini, pada Isnin.

Iklan

Teks ucapan dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari.

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kerja berpasukan perlu mencari penyelesaian demi kelangsungan industri.

Iklan

Kementerian ini telah mewujudkan pelbagai platform dan mekanisme untuk pihak berkepentingan berkongsi idea, pengetahuan dan maklum balas mengenai pembentukan dasar dan garis panduan, katanya.

"Kita memerlukan persetujuan dan konsensus untuk bergerak ke hadapan dalam mencapai matlamat kita dan Incorporated Society of Planters (ISP) boleh melakukan peranan aktif dalam pembentukan dasar dan garis panduan,” katanya.

Fadillah berkata, pihaknya akan mengambil bahagian dengan skim dan peraturan yang berdaya maju untuk memastikan penyesuaian teknologi platform penting dan meningkatkan produktiviti melalui teknologi canggih.

"Dalam perkara ini, Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) boleh berperanan aktif dalam merealisasikan matlamat ini,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan usaha kerajaan berdasarkan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), penanam diharap dapat dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan digital terkini yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi semua isu dan cabaran dalam industri.

"Memandangkan kerajaan telah bersetuju untuk mengehadkan jumlah kawasan tanaman sawit, tanggungjawab adalah pada penanam bagi meningkatkan produktiviti tanah sedia ada melalui amalan pertanian baik, bahan penanaman genomik baharu serta mekanisasi dan automasi,” katanya.

Beliau berkata, selain itu perlu bijak menguruskan kos operasi walaupun kos input meningkat.

Fadillah berkata, di peringkat global, Malaysia berkedudukan sebagai pengeksport sarung tangan getah terbesar, pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar, pengeluar lada kelima terbesar, pengisar koko keenam terbesar dan pengeksport perabot ke-12 terbesar.

"Kerajaan menumpukan usaha bersepadu untuk memberi nafas baru kepada semua sektor ekonomi bagi memastikan momentum pertumbuhan dipulihkan.

"Bagi tujuan ini, tumpuan akan diberikan kepada usaha menggalakkan perubahan struktur melalui penyatuan tanah, meningkatkan penggunaan analisis data raya, penggunaan teknologi, mempercepat pembangunan bakat, mengembangkan dan mempelbagaikan pasaran eksport, menambah baik tadbir urus dan dasar untuk memenuhi permintaan kemampanan dan merealisasikan model perniagaan ekonomi sirkular seperti dalam industri biojisim,” katanya. - Bernama