Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan perang

Iklan
Pemandangan umum bandar pelabuhan Mariupol di pantai Laut Azov yang dikawal Rusia di tenggara Ukraine. - Foto AFP

MOSCOW/KYIV - Ukraine dan Rusia masing-masing membebaskan lebih 90 lelaki dalam pertukaran tahanan baharu, kata pegawai pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak di Telegram berkata, Kyiv telah mendapatkan semula 95 askar yang ditawan oleh Rusia dalam pertempuran di bandar Bakhmut dan Mariupol.

Iklan
Iklan

"Ramai rakyat kita yang ditawan cedera,” katanya.

Di Kyiv, Yermak berkata, Presiden Volodymyr Zelensky menyasarkan pembebasan semua askar Ukraine yang ditahan Rusia sebagai satu daripada tugas utamanya.

Iklan

Rusia dan Ukraine bertukar tawanan perang beberapa kali sepanjang perang 15 bulan itu. Baru-baru ini, berlaku pertukaran tahanan pada penghujung Mei.

Sejak pencerobohan Rusia berskala penuh pada 24 Februari 2022, lebih 2,500 rakyat Ukraine yang ditahan Rusia dibebaskan, menurut Kyiv. - Bernama-dpa

Iklan