PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di peringkat akhir

Iklan
Anwar - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan BN di peringkat akhir untuk dimuktamadkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia di peringkat akhir," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Iklan

Setakat ini, Pulau Pinang mengumumkan pembubaran DUN pada 27 Jun manakala Negeri Sembilan pula pada 30 Jun.

Sementara itu, Kelantan akan mengumumkan tarikh pembubaran DUN pada Rabu ini.

Iklan

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembahagian kerusi akan dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum senarai calon dikemukakan.