PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa esok, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.
Mohd Zuki berkata pelantikan itu selaras dengan Perkara 105 (1) Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.