Penoreh getah

Iklan
Penoreh getah Mohd Zambri Othman, 35, menjalankan aktiviti menoreh seperti biasa untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun menghadapi masalah cuaca tidak menentu dan harga getah yang rendah ketika tinjauan di Lubuk Musang hari ini.

Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah untuk membantu dan menggalakkan pekebun kecil getah beralih daripada getah sekerap dan krip kepada penghasilan susu getah atau lateks.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peralihan itu akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil, kerana harga lateks yang lebih tinggi dalam pasaran berbanding getah sekerap atau getah krip.