Mohd Azam dilantik Ketua Polis Ampang Jaya

Iklan
Mohamad Farouk (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Mohd Azam. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

AMPANG - Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dilantik sebagai Ketua Polis daerah ini berkuat kuasa pada Isnin.

Mohd Azam menggantikan Senior Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Iklan
Iklan

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

"Banyak kenangan pahit dan manis sejak berkhidmat mengetuai daerah ini pada 15 Oktober 2020. Kerjasama yang erat antara pegawai tinggi, rendah, ketua jabatan tidak lupa juga sahabat ketua polis daerah yang lain.

Iklan

"Saya yakin beliau (Azam) mampu menggalas tugas dengan baik,” katanya dalam ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Azam berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab baru itu dengan berusaha memberi khidmat terbaik.

Iklan

"Ampang Jaya bukan asing bagi saya, saya berharap pucuk pimpinan Polis Selangor memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang perkhidmatan," katanya.