KKM lulus peruntukan RM771,600 untuk dua hospital di Johor

Iklan
Dr Zaliha. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan khas berjumlah RM771,600 untuk dua hospital kerajaan di Johor.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kelulusan berkenaan bagi membolehkan dua wad dibuka semula selepas ia ditutup berikutan kekurangan aset perubatan serta sumber manusia terutama Pegawai Perubatan dan jururawat.

Iklan
Iklan

"Penyelesaian segera sedang dalam tindakan KKM dengan kerjasama agensi Pusat.

"Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor juga akan menerima 35 jururawat perjawatan tetap dan perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan dan beberapa jawatan kontrak sedang menunggu untuk disahkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu Zaliha berkata, waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916 telah disalurkan kepada JKN Johor bagi perolehan aset bukan perubatan untuk memenuhi keperluan mendesak di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

"KKM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat.

Iklan

"Usaha sedemikian dengan pendekatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat adalah antara perkara penting yang digariskan melalui Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun ini.

"Ini adalah demi menjamin kesaksamaan dan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan serta kalis masa depan," ujarnya.