Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022

Iklan
Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia dengan menyumbang 29.9 peratus. - Foto Bernama

MALAYSIA mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Eksport meningkat 25 peratus kepada RM1.6 trilion pada 2022 berbanding RM1.2 trilion pada 2021, manakala import meningkat 31.3 peratus kepada RM1.3 trilion berbanding RM987.3 bilion setahun sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan sempena laporan Statistik Perdagangan Malaysia Mengikut Negeri 2023 pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ia berkata, tujuh negeri mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk eksport dan import iaitu Labuan, Sarawak, Kedah, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Eksport yang lebih tinggi dicatatkan di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM107.7 bilion, 30.3 peratus), Johor (RM84.7 bilion, 35.2 peratus), Sarawak (RM45.4 bilion, 52.7 peratus), Selangor (RM22. 4 bilion, 8.8 peratus), Kedah (RM14.4 bilion, 36.1 peratus), Sabah (RM8.8 bilion, 27.0 peratus), Labuan (RM8.2 bilion, 75.3 peratus), Kuala Lumpur (RM2.9 bilion, 4.5 peratus), dan Pahang (RM2.9 bilion, 8.9 peratus), katanya.

Iklan

Jabatan itu berkata, eksport juga meningkat di Negeri Sembilan (RM2.2 bilion, 9.4 peratus), Melaka (RM1.2 bilion, 4.1 peratus), Kelantan (RM1.2 bilion, 42.1 peratus), Perlis (RM392.1 juta, 34.2 peratus) dan Terengganu (RM325.7 juta, 1.9 peratus).

Bagaimanapun, ia berkata, eksport di Perak menyusut RM2.2 bilion atau 5.6 peratus kepada RM37.1 bilion.

Iklan

DoSM berkata, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia dengan menyumbang 29.9 peratus, diikuti Johor (21 peratus) dan Selangor (17.8 peratus).

"Pertumbuhan eksport itu disokong oleh eksport litar elektronik bersepadu yang kukuh di Pulau Pinang dan Selangor, manakala produk petroleum bertapis merupakan penyumbang utama eksport di Johor,” katanya.

Jabatan itu berkata, import yang lebih tinggi dicatatkan oleh semua negeri, iaitu Johor (RM96.3 bilion, 49.7 peratus), Pulau Pinang (RM61.1 bilion, 26.4 peratus), Selangor (RM56.0 bilion, 20.2 peratus), Kedah (RM16.2 bilion, 28.0 peratus), Melaka (RM15.6 bilion, 61.4 peratus), Kuala Lumpur (RM15.5 bilion, 21.0 peratus), dan Negeri Sembilan (RM12.9 bilion, 41.2 peratus).

Ia berkata, peningkatan dalam import turut dicatatkan oleh Sarawak (RM10.8 bilion, 46.0 peratus), Pahang (RM7.3 bilion, 47.7 peratus), Perak (RM4.8 bilion, 14.9 peratus), Sabah (RM2.1 bilion, 25.8 peratus), Labuan (RM1.4 bilion, 71.2 peratus), Terengganu (RM1.1 bilion, 21.9 peratus), Perlis (RM425.0 juta, 50.9 peratus) dan Kelantan (RM191.0 juta, 9.9 peratus).

Sementara itu, DoSM menyatakan Selangor kekal mendominasi import Malaysia dengan 25.7 peratus, diikuti Pulau Pinang (22.6 peratus) dan Johor (22.4 peratus).

Import yang tinggi dicatatkan di Selangor disumbangkan oleh barangan elektrik dan elektronik lain.

Di samping itu, litar elektronik bersepadu merupakan penyumbang utama import di Pulau Pinang.

Manakala keluaran petroleum bertapis merupakan penyumbang utama import di Johor. - Bernama