Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna Nick

Iklan
Gambar tular yang memperlihatkan kehadiran Ustaz Wadi di majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann.

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menegaskan bahawa kehadiran beliau ke majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann hanyalah sekadar meraikan hukum undangan kenduri kahwin yang mana ia wajib untuk dipenuhi.

Menurutnya, selain menerima undangan untuk meraikan pasangan pengantin, beliau juga dijemput untuk bacaan doa.

Iklan
Iklan

"Pada hari kejadian (10 Jun) saya tiba di majlis tersebut tetapi pengantin masih tidak kelihatan dan kemudiannya kami dibawa untuk duduk di suatu tempat.

"Selepas 10 minit, pengerusi majlis mengumumkan untuk saya membaca doa dan pada ketika itu juga pengantin masih belum tiba,” katanya menerusi satu rakaman video di laman sosial, TikTok, pada Isnin.

Iklan

Baru-baru ini, media tempatan hangat melaporkan majlis perkahwinan Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann menjadi bualan ramai kerana memiliki konsep persis budaya barat dan perkara yang menjadi perhatian ramai adalah Ustaz Wadi turut dijemput ke majlis tersebut.

Beritahu Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub, sebaik sahaja melihat pengantin tiba, beliau memaklumkan kepada pembantu peribadi untuk terus pulang tanpa menunggu sehingga ke penghujung majlis.

Iklan

Jelas Mohamad Wadi Annuar, beliau mengambil keputusan untuk tidak makan dan bergambar.

"Apabila melihat keadaan begitu, saya terus bangun dan memaklumkan kepada tuan rumah untuk balik terlebih dahulu.

"Itu yang diajarkan oleh ahli agama Islam kita untuk tidak memalukan orang, menimbulkan persepsi negatif, menjatuhkan tuduhan dan fitnah,” ujarnya.