Sidang khas DUN untuk ambil alih kawal selia elektrik Sabah

Iklan
Hajiji (tengah) bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) ketika hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik Negeri Sabah kepada kerajaan negeri Sabah di Menara Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah dijadualkan pada 3 Januari tahun depan bagi membuka laluan kepada Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada dasarnya telah memberi persetujuan kepada Sabah untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektrik bermula 1 Januari 2014.

Iklan
Iklan

"Untuk mencapai tarikh sasaran yang ditetapkan itu, penyelarasan dan kerjasama semua pihak adalah penting supaya semua isu, terutama proses perundangan dapat diselesaikan," katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik kepada Sabah.

Hajiji mempengerusikan mesyuarat itu bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Menara Kinabalu pada Isnin.

Iklan

Katanya, antara langkah yang perlu diambil ialah mendapatkan kelulusan daripada kabinet persekutuan untuk memohon dan mewartakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan untuk menggantung Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 448), Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726) di Sabah.

"Seterusnya, mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperlukan dan disusuli dengan urusan (Lay Order) semasa sidang Parlimen yang boleh dibentangkan selepas tarikh penggantungan tersebut," katanya.

Iklan

Sementara itu di pihak kerajaan negeri, Hajiji berkata, dua rang undang-undang (RUU) mengenai Enakmen Bekalan Elektrik dan Enakmen Tenaga Boleh Diperbaharui, serta pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (kemasukan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui) akan dibentangkan semasa sidang khas DUN Sabah yang akan berlangsung itu nanti.

"Kita memerlukan persetujuan daripada kementerian dan agensi berkaitan sama ada di peringkat persekutuan dan negeri supaya semua proses ini dapat dilakukan dengan lancar terutama dari segi kesahihan dan mengelakkan gangguan kepada operasi bekalan elektrik di Sabah," jelasnya.