200 syarikat disasar sertai Academy in Industry

Iklan
Rafizi beramah mesra bersama wakil-wakil syarikat semasa menghadiri Sesi Perjumpaan Strategik Menteri Ekonomi Bersama Rakan Strategik AiI di Putrajaya hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Sebanyak 200 syarikat dari pelbagai sektor disasarkan terlibat dalam proram Academy in Industry (AiI) sehingga hujung tahun ini bagi melatih seramai 20,000 pelajar lepasan sekolah untuk menjadi pekerja berkemahiran, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Di bawah program tersebut, katanya, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilatih oleh syarikat berkenaan selama 18 bulan dan mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 selepas tamat tempoh latihan.

Iklan
Iklan

"Dia boleh masuk terus ke sektor pekerjaan, terus belajar dan akan dapat sijil, itu sebenarnya lebih sesuai dengan citarasa generasi masa sekarang," katanya, sambil menambah kerajaan juga akan mengumumkan beberapa insentif pada pelancaran rasmi program berkenaan dalam beberapa minggu lagi.

Bercakap kepada media selepas Sesi Pejumpaan Strategik Menteri Ekonomi Bersama Rakan Strategik di sini, pada Isnin, Rafizi berkata, buat permulaan, 10 syarikat rintis akan terlibat dalam inisiatif kerajaan itu yang dilaksanakan melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan rakan strategik AiI.

Iklan

Syarikat rintis program AiI itu adalah sembilan syarikat tempatan dan satu syarikat multinasional yang terlibat dalam sektor perkilangan automotif, semikonduktor, makanan, aeroangkasa dan minyak sawit, katanya.

Rafizi berkata, syarikat yang berminat menyertai AiI perlu mendapat pentauliahan dalam peningkatan kemahiran tenaga kerja (Reskilling and Upskilling) terlebih dahulu.

Iklan

"Kerajaan kena pastikan latihan itu bertepatan dengan silibus, rancangan kerja bertepatan dengan pensijilan dan mereka ada tenaga kerja untuk melatih pelajar ini," katanya. - Bernama