Kes Rosmah, Rizal didengar di mahkamah sama

Iklan
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini bagi kes sebutan menerima suapan RM5 juta sebagai upah membantu Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek sistem solar bernilai RM1.25 bilion. - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kes Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan sistem tenaga solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak, akan didengar di Mahkamah Tinggi sama yang mendengar kes Datuk Rizal Mansor, bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes Rosmah, supaya kedua-dua kes itu didengar di mahkamah sama.

Iklan
Iklan

"Permohonan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes ini untuk didengar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dibenarkan. Kami tidak bercanggah dengan Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu kes Rizal Mansor dipindah ke mahkamah sama dengan Rosmah

Iklan

Rosmah diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Pada 15 November tahun lepas, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Iklan

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rizal, 45, juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah membabitkan projek sama. - Bernama