Spekulasi Gerrard berkelana ke Arab Saudi

Iklan
Gerrard dilaporkan akan menyertai Al Ettifaq. - Foto EPA

LEGENDA Liverpool, Steven Gerrard dikhabarkan akan berkelana ke Arab Saudi untuk menyertai Al Ettifaq sebagai jurulatih.

Bekas pemain berusia 43 tahun itu ketika ini tiada pekerjaan selepas dipecat Aston Villa, Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Gerrard sudah tiba di negara Teluk itu dan bersedia untuk menjadi bos pasukan itu, lapor wartawan Romain Molina.

Dia dikaitkan dengan jawatan itu pada hujung minggu lalu dan kini semakin hampir untuk dilantik sebagai pengendali pasukan tersebut.

Iklan

Dalam aksi Liga Pro Saudi musim ini, Al Ettifaq menamatkan saingan di tangga ketujuh daripada 16 pasukan.

Gerrard adalah nama besar terbaharu yang mengembara ke Arab Saudi bermula dengan Cristiano Ronaldo yang menyertai Al Nassr pada Januari lepas.

Iklan

Pemain sensasi, Karim Benzema pula meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Al Ittihad, manakala pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante berpotensi menjadi rakan sepasukan baharunya.

Ketika bersama Aston Villa, Gerrard memenangi 13 perlawanan, seri lapan dan tewas 19 daripada 40 perlawanan dikendalikan.

Gerrard turut dikaitkan dengan Leicester City bagi menggantikan Dean Smith selepas pasukan itu tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).