Lupakan kekecewaan!

Iklan
Pemain Itali giat menjalani latihan di Florence menjelang aksi separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Sepanyol di Enschede, Belanda pada Khamis. - Foto EPA

BARISAN pemain Inter Milan mahu mengalih fokus kepada aksi bersama skuad Itali dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Sepanyol dua hari selepas tewas kepada Manchester City pada final Liga Juara-Juara di Turki Ahad lalu.

Pasukan yang dibimbing Roberto Mancini itu akan menentang Sepanyol di Enschede, Belanda pada Khamis.

Iklan
Iklan

Lima pemain Inter dipanggil menyertai kem latihan iaitu Nicolo Barella, Alessandro Bastoni, Federico Dimarco, Francesco Acerbi dan Matteo Darmian.

Mereka tiba di pusat latihan pasukan Itali di Coverciano, dekat Florence, selepas tewas 0-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Manchester City di Istanbul.

Iklan

Acerbi memberitahu, Itali tidak memandang mudah saingan Sepanyol yang merupakan sebuah pasukan yang disegani.

"Kami hormat Sepanyol, tetapi jangan takut: kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka.

Iklan

"Juara Eropah Itali tekad bangkit selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

"Tidak layak ke Piala Dunia mungkin salah kami. Sekarang ada Liga Negara-Negara dan kami mahu menang. Para pemain akan berikan sesuatu tambahan bagi merealisasikannya,” katanya.