'Tak payah jadi peguam!' - Anwar tempelak Takiyuddin

Iklan
Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri pada Selasa menafikan perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya baru-baru ini, tidak mendapat pandangan pakar-pakar berkaitan termasuk maritim.

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan sumber maklumat Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang menimbulkan dakwaan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Apa soalan Kota Bharu (Takiyuddin)? Ramai berpandangan... pakar maritim... Siapa?

Pandangan pakar mana yang dibicarakan? Kemudian, telah melanggar (peraturan) yang mana?

Iklan

"Peraturan mana? Peruntukan mana? Dia (seorang) peguam (tetapi) bincang samar-samar benda ini. Tak payah (jadi) peguam, ketua kampung pun boleh.

Peguam harus spesifik. Nak marah apa, jawablah," katanya menjawab soalan tambahan Takiyuddin pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah memaklumkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa perjanjian persempadan tersebut terletak tiga batu nautika dari perbatasan Johor.

"Bagi Sabah pula, Sabah tidak dimeterai dalam hal ini. Ketua Menteri Sabah dimaklumkan bahawa memuktamadkan Pulau Sebatik dan kawasan yang melibatkan Tawau dan Sabah itu, ditangguhkan sehingga ada persetujuan baharu kerana kita belum bersetuju. Saya ada cakap tadi (dalam jawapan), dengarlah.

"Ada pakar maritim mana? Saya dah sebut nama-nama (seperti) Kementerian Luar, Jabatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan, dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia.

"Menteri dan Kementerian Luar yang menjalankan banyak tugas itu, tetapi sebelum saya memeterai perjumpaan akhir (dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo), saya masih berdepan dengan mereka. Jadi pakar-pakar ini mengesah.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri, supaya memberi penjelasan berhubung perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya.

Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri tetap menandatangani perjanjian itu walaupun pakar maritim menasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

Persempadanan Laut Selat Melaka dan Perjanjian Persempadanan Sulawesi merupakan dua daripada enam instrumen dua hala Malaysia Indonesia dimeterai Khamis lalu sempena lawatan kerja Joko Widodo ke negara ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata perjanjian berkenaan tidak melanggar peraturan asal sempadan 'one to one', dan telah dipersetujui oleh semua pakar.

"... yang tidak dipersetujui yang kita ambil berat sikit ialah perairan Tanjung Pelepas (Johor), itu tidak terlibat. Kedua, soal betul-betul masalah persempadan dengan Sabah, yang kita tidak bersetuju," tambah Anwar.

Selain itu mengenai Perjanjian Singapura-Indonesia 2009, Anwar berkata kerajaan telah menyatakan pendirian kepada Jokowi, bahawa Malaysia membantah perkara itu kerana ia menjejaskan kepentingan negara.

"Jadi penjelasan saya kepada empat soalan (Takiyuddin), ia hanya digunakan untuk ruang politik murah. Pakar mana? Perjanjian mana yang dilanggar? Peruntukan mana yang dilanggar? dan kawasan mana yang diserahkan kepada Indonesia?," soal Anwar lagi. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu kalimah ALLAH: Anwar ingatkan jangan putar belit fakta, tipu rakyat

Malaysia tak kompromi soal hak, kedaulatan sempadan maritim - Anwar

'Rundingan secara terbatas dimulakan dalam usaha henti rundingan terus'

'Tak payah jadi peguam!' - Anwar tempelak Takiyuddin

Dewan Rakyat kecoh PM ungkit isu kenaikan elektrik

STR fasa 3 diagih sebelum Aidiladha

Anwar tidak puas hati pelaksanaan projek kecil, arah disegerakan

PM perjelas perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia hari ini