PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Sri Aman, Kuala Terengganu pada Selasa.
Kunjungan hormat ke atas Ahmad Samsuri yang juga merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu seiring dengan kehadiran skuad kebangsaan di Kuala Terengganu.
Iklan
Iklan
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon akan mengadakan dua aksi persahabatan ‘Tier 1’ menentang Kepulauan Solomon pada Rabu dan Papua New Guinea 20 Jun di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi gelanggang rasmi Terengganu ini secara tidak langsung mendekatkan lagi peminat bola sepak negara dengan skuad kebangsaan khususnya bagi penyokong di Pantai Timur.
"Saya dan seluruh warga kerja FAM serta skuad kebangsaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terengganu yang mempermudahkan urusan kami sepanjang berada di sini,” katanya.
Hadir sama dua timbalan presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Hj Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram; dua naib presiden, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Posa Majais; ahli exco, Datuk Adly Shah Ahmad Tah serta setiausaha Agung, Noor Azman Rahman.
Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu ialah, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah; Timbalan Presiden PBSNT, Datuk Marzuki Sulong; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Dato Seri Bijaya Tengku Farok dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.