'Isteri sering disangka nenek'

Iklan
Rokiah sentiasa dimanjakan oleh Muhammad Amin.

PASIR PUTEH - Perbezaan umur yang ketara iaitu 34 tahun menyebabkan pasangan suami isteri dari Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal di sini sering disalah erti apabila hubungan mereka dianggap seperti nenek dan cucu.

Muhammad Amin Jumdail, 28, yang berasal dari Semporna, Sabah berkata, walaupun di mata orang ramai isterinya, Rokiah Samad, 62, kelihatan seperti warga emas namun baginya, nenek kepada 22 orang cucu itu berjiwa muda serta cantik umpama bidadari.

Iklan
Iklan

Menceritakan kembali detik awal perkenalan mereka, Muhammad Amin memberitahu, ia bermula daripada komen yang ditinggalkan di laman TikTok.

"Dari situ kami mula berhubung dan September lalu mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan.

Iklan
Walaupun di mata orang ramai isterinya kelihatan seperti warga emas namun bagi Muhammad Amin nenek kepada 22 orang cucu itu berjiwa muda serta cantik umpama bidadari.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, apabila kesemua 10 orang anak-anak isteri menerima saya seadanya," katanya.

Menurutnya, sikap matang, manja dan memahami yang ada pada Rokiah menyebabkan dia jatuh cinta kepada wanita tersebut.

Iklan

Ujar Muhammad Amin, dia memilih untuk menetap di Kelantan dan meneruskan kerjaya sebagai tukang urut serta menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Sementara itu Rokiah berkata, Muhammad Amin merupakan suami ketiganya.

Perbezaan umur yang agak ketara iaitu 34 tahun menyebabkan pasangan suami isteri dari Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh sering disalah erti apabila hubungan mereka dianggap seperti nenek dan cucu.

"Namun jodoh kami tidak panjang kerana dia bekerja di China," ujarnya.

Dia berkata, mendapat suami muda adalah rezeki buatnya dan tidak sukar untuk dijaga.

Menurut Rokiah, paling utama sikap saling menghormati, memahami serta rasa cinta di antara satu sama lain.

"Kalau boleh, biarlah dia menjadi suami terakhir saya," katanya.