Tun M dedah cerita pertemuan dengan pemimpin Umno

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan intipati pertemuannya dengan beberapa pemimpin Umno yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Baru-baru ini, sekeping gambar menunjukkan pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Dr Mahathir tular dalam media sosial.

Iklan
Iklan

Penyebaran gambar itu mendapat liputan meluas apatah lagi selepas beberapa pemimpin Umno Sabah mengumumkan mereka meninggalkan parti kelmarin.

Begitupun, Dr Mahathir menegaskan pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa.

Iklan

"Mereka datang jumpa saya untuk beritahu bahawa mereka akan tinggalkan Umno dan mahukan nasihat saya.

"Itu sahaja tiada perkara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Muzium Kesenian Islam, di sini, petang tadi.

Iklan

Pendedahan Dr Mahathir itu sekaligus mengesahkan gambar yang tersebar itu adalah tulen dan pertemuan antara mereka memang benar-benar berlaku.

Baru-baru ini, tular dua keping gambar di media sosial yang memperlihatkan pemimpin kanan Umno mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir.

Antara pemimpin itu adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, Bendahari Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Turut ada dalam gambar itu adalah bekas Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mereka dilihat bergambar sambil berdiri bersama Dr Mahathir.

Sekeping lagi gambar memperlihatkan lima pemimpin itu sedang menikmati juadah makan malam di meja makan.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui laman Twitternya sempat menciap dua perkataan seakan mengusik iaitu;"Pertemuan sekret”.

Gambar itu tular selepas berlaku kepincangan dalam Umno Sabah yang memperlihatkan sebahagian besar pimpinan negeri itu bertindak keluar parti, kelmarin.