Anwar Ibrahim terima sijil khatam hafazan al-Quran

Iklan
Anwar (kiri) bergambar kenangan bersama rakan dan guru selepas menerima sijil khatam hafazan al-Quran sempena Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan 2022.

KOTA BHARU - Dewan sebuah hotel di sini gamat apabila nama Anwar Ibrahim dipanggil menerima sijil khatam hafazan al-Quran sempena Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan 2022 pada Isnin.

Anwar, 18, antara 326 pelajar tahfiz yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran melibatkan 10 sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan.

Iklan
Iklan

Sijil disampaikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut pelajar Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas itu, dia sudah biasa dengan situasi itu setiap kali namanya yang sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil.

Iklan

"Saya sudah boleh meneka reaksi orang ramai dan tidak terkejut, malah geli hati dengan setiap gurauan berkaitan nama saya," katanya ketika dihubungi.

Anwar yang berasal dari Chetok Pasir Mas berkata, walaupun ada yang mungkin bersikap sinis dengan nama itu tetapi dia berbangga kerana maksudnya sangat baik dalam Islam.

Iklan

"Maksud Anwar bercahaya, jadi saya bangga dengan nama yang diberikan ayah," katanya.

Jelasnya, rakan-rakan juga tidak pernah bersikap negatif kerana bagi mereka semua yang memimpin adalah individu hebat.

Anwar yang sudah menamatkan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh empat tahun bercita-cita menyambung pengajian di institusi perguruan kerana mahu bergelar guru pendidikan Islam.

Anak bongsu daripada lima beradik itu turut cemerlang dalam pelajaran dengan mendapat keputusan 5A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia lepas.