Penganggur direman bantu siasatan kes bakar al-Quran, sejadah

Iklan
Tertuduh dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung kejadian membakar al-Quran dan sejadah di sebuah masjid di Kuala Nerus.

KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kejadian membakar al-Quran dan sejadah di sebuah masjid di Batu Rakit, Kuala Nerus dekat sini.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula Selasa sehingga Jumaat depan.

Iklan
Iklan

Perintah tahanan reman ke atas suspek dikeluarkan oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana perbuatan khianat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, suspek ditahan pada petang Isnin susulan laporan oleh jemaah masjid berhubung kejadian empat al-Quran dan tiga helai sejadah di bakar di masjid berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.