PRN: DAP 'wajib' ajak pengundi sokong BN

Iklan
Mohd Affifi

SHAH ALAM - DAP 'wajib' mengajak ahli dan pengundi setia mereka untuk memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Aris berkata, UMNO sedar ada dalam kalangan pemimpin DAP membuat kenyataan membantu BN, tetapi ia tidak mencukupi.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, DAP perlu membuktikannya melalui tindakan segera dan bukan membiarkan ahli tercari-cari naratif sendiri yang menyebabkan mereka terpedaya dengan dakyah parti lawan.

"Ingat, yang terbenam dalam fikiran rakyat terhadap UMNO-BN tidak boleh berubah sekelip mata dalam tempoh kempen PRN nanti kerana ia disemai, didoktrin serta dimomokkan sejak berpuluh tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mohd Affifi memberitahu, pelbagai kempen berbentuk tohmahan dan dakyah kepada UMNO-BN setiap kali kempen pilihan raya umum (PRU) lalu.

Ujar beliau, meskipun DAP tidak bertembung dengan kerusi UMNO-BN pada PRN, tetapi BN memerlukan undi DAP di kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang mempunyai ahli dan pengundi mereka jika calon BN diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Iklan

Justeru, katanya, naratif perlu diperbetulkan bagi membuktikan keikhlasan mereka terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan yang ada ketika ini.

"Kemenangan PRN amat penting untuk memastikan kelangsungan Kerajaan Persekutuan yang berbaki empat tahun sebelum PRU-16," tambah beliau.