Davies tak gembira dengan undian Piala Asia 2023

Iklan
Davies (kanan) optimis Malaysia mampu lakukan yang terbaik pada Piala Asia 2023. - Foto Facebook FAM

PEMAIN pertahanan negara, Matthew Davies mengakui tidak gembira dengan undian Piala Asia 2023 apabila Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Bagaimanapun beliau menganggap semua kumpulan adalah sukar dan skuad Harimau Malaya perlu menghadapinya dengan semangat juang tinggi.

Iklan
Iklan

"Ia bukan undian yang mudah, tetapi mana-mana kumpulan pun tidak mudah. Jadi saya tidak gembira dan juga tidak berduka dengan undian ini.

"Apa pun, saya yakin kita mampu lakukan sesuatu dalam kumpulan itu,” katanya dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak pada Rabu.

Iklan

Mengulas aksi persahabatan itu, Davies mengakui bahawa penting buat skuad Harimau Malaya meraih kemenangan, namun yang paling utama adalah untuk melihat proses peningkatan pasukan.

"Bagi saya kemenangan adalah penting tetapi proses lebih penting. Sekiranya kita ikut taktikal jurulatih saya percaya kemenangan akan menyusul.

Iklan

"Tahap pasukan kita semakin baik dan menentang lawan seperti mereka sudah tentu peminat menjangkakan kemenangan,” katanya.

Tambahnya, mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan Kepulauan Solomon kerana tahap bola sepak di negara itu berkembang baik.