Pegawai Israel dikecam, kencing di lokasi pembunuhan rakyat Palestin

Iklan
Dorfman, yang dianggap orang kanan Ben-Gvir, tidak menghiraukan sensitiviti lokasi itu sambil melepaskan hajatnya.

BAITULMAQDIS - Tindakan seorang pegawai kementerian Israel yang juga pelampau berhaluan kanan ‘buang air kecil’ di lokasi serangan yang membunuh lima rakyat Palestin dikecam hebat masyarakat.

Aksi keji ketua staf Menteri Keselamatan Itamar Ben-Gvir, Chanamel Dorfman, baru-baru ini, menjadikan tumpuan terarah kepada kerajaan campuran sayap kanan Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang terkenal dengan dasar diskriminasi dan perkauman terhadap rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

Dorfman yang diiringi oleh anggota keselamatan Israel, tiba di tempat kejadian di bandar Nazareth di utara Israel, tempat di mana lima penduduk Palestin yang merupakan warga Israel terbunuh dalam satu serangan jenayah terancang.

Dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka membuang air kecil, lapor Agensi Anadolu.

Iklan

Video insiden itu dirakam seorang individu di lokasi kejadian.

Dorfman, yang dianggap orang kanan Ben-Gvir, tidak menghiraukan sensitiviti lokasi itu sambil melepaskan hajatnya, mendorong seorang penduduk tempatan untuk bersemuka dengannya.

Iklan

Individu yang bersemuka dengan Dorfman menjerit menghinanya, dengan berkata,"Malulah awak! Tidakkah awak nampak ada wanita dan kanak-kanak di sekeliling?"

Berikutan herdikan itu, pegawai berkenaan segera kembali kepada anggota keselamatan.

Ketika rakaman itu tersebar di media sosial, tindakan keji Dorfman di lokasi pembunuhan beramai-ramai dikecam secara meluas.

Komen di media sosial termasuk ungkapan seperti"tidak menghormati kemanusiaan,""tingkah laku yang menjijikkan" dan"Israel adalah negara jenayah perkauman." - Bernama- Anadolu