Khairy, Shahril mahu 'move on'

Iklan
Khairy (kiri) dan Shahril pada rancangan podcast Keluar Sekejap yang bersiaran pada Selasa.

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mahu terus melangkah ke depan atau 'move on' dan menolak pelawaan untuk kembali bersama UMNO buat masa ini.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, mereka harus terus 'move on' kerana keputusan menggantung keahlian atau memecat mereka telahpun dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

"Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Maulizan Bujang yang kedua-duanya dikenakan tindakan disiplin serta mempersoalkan kenapa UMNO meminta buat rayuan.



"Untuk masa sekarang kami akan 'move on'," katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Iklan

Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong pada Isnin mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka yang digantung atau dipecat.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu tidak masuk akal kerana beliau sendiri tidak tahu punca digantung keahlian.

Iklan

Khairy menegaskan, tidak ada asas untuk mereka membuat rayuan kerana seperti yang dimaklumkan Hishammuddin, tindakan penggantungan dan pemecatan tersebut tidak pernah dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti berkenaan.

Bersetuju dengan kenyataan Khairy, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, tindakan tidak menerima pelawaan itu bukanlah menunjukkan mereka ego.

"Tapi tak bolehlah buang saya, lepas itu nak kutip balik.

"Rumusannya bagi saya pintu itu tidaklah tertutup selama-lamanya tapi buat masa sekarang dengan keadaan macam ini. Jadi mungkin bukan sekarang (untuk menyertai UMNO semula)," ujarnya.