Tori Bowie meninggal dunia akibat komplikasi semasa bersalin

Iklan
Tori Bowie - Foto AFP

PEMENANG pingat Olimpik tiga kali acara pecut, Tori Bowie meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin, ejennya mengesahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bowie meninggal dunia pada usia 32 tahun di rumahnya di Florida pada awal Mei dan wakilnya Kimberly Holland bercakap di televisyen Amerika bagi menamatkan spekulasi.

Iklan
Iklan

"Malangnya ramai orang, termasuk media, membuat spekulasi bahawa dia mencederkan dirinya sendiri," kata Holland kepada CBS News.

Beliau berkata, semoga setelah mengetahui kebenaran, ramai yang akan memohon maaf.

Iklan
Iklan

Bowie memenangi emas 4x100m berganti-ganti, 100m perak dan 200m gangsa untuk Amerika Syarikat pada Sukan Olimpik Rio 2016 dan pada tahun berikutnya meraih emas 100m individu di Kejohanan Dunia di London. - Bernama-dpa