Lee Tuck tekad perkuatkan Harimau Malaya

Iklan
Lee Tuck (kiri) teruja dapat kembali memperkuatkan cabaran Harimau Malaya. - Foto Football Association of Malaysia

PEMAIN naturalisasi skuad bola sepak kebangsaan, Lee Tuck bertekad membuktikan penampilannya bersama Harimau Malaya mampu memperkuatkan cabaran pasukan ranking ke-138 dunia berkenaan.

Malah tegas tonggak kelahiran Halifax, England itu menjadi satu kebanggaan apabila dapat kembali menyarung jersi Malaysia selepas kali terakhir pada saingan Piala AFF 2022.

Iklan
Iklan

Arkitek tengah kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC itu, turut berikrar mempertingkatkan tahap permainan supaya dapat membarisi kesebelasan utama skuad Kim Pan-gon yang akan menentang Kepulauan Solomon (14 Jun) dan Papua New Guinea (20 Jun).

"Namun seperti yang semua tahu, kita ada ramai pemain yang bagus-bagus di sini. Jadi ia sukar untuk menjadi sebahagian daripada skuad dan saya berbesar hati untuk berada di sini.

Iklan

"Saya hanya perlu bermain dengan baik dan terpulang kepada jurulatih dan ia bukan suatu yang di bawah kawalan saya," katanya.

Dalam pada itu, Tuck mengakui teruja apabila dapat kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, yang pernah menjadi gelanggang utama ketika mewakili kelab Terengganu FC (TFC) suatu masa dulu.

Iklan

"Ya, saya berada di sini agak lama. Banyak memori di sini dan stadium, ia menjadi seperti biasa bermain di stadium ini, dan tentunya saya gembira boleh bermain di sini,” katanya.