Ee Yi-Yew Sin teruskan cabaran Malaysia di Indonesia

Iklan
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin - Foto Facebook BAM

BEREGU lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya lolos ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 di Istora Gelora Bung Karno pada Selasa.

Bagaimanapun, Ee Yi-Yew Sin yang berstatus ranking ketujuh dunia tidak diberikan laluan mudah oleh gandingan ke-24 dunia dari India, M R Arjun-Dhruv Kapila apabila tewas set pertama 12-21.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan kekalahan set pertama, Ee Yi-Yew Sin kemudian bangkit lebih bertenaga di set kedua dengan kemenangan 21-6.

Set penentuan menyaksikan Arjun-Dhruv yang tidak pernah menang empat pertemuan sebelum ini kembali menyaingi lawan sebelum Ee Yi-Yew Sin menoktah kemenangan 22-20 dalam tempoh 60 minit.

Iklan

Lain-lain keputusan menyaksikan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada Hiroki Midorikawa-Natsu.Saito dari Jepun, 17-21, 21-15, 21-17 dalam masa 60 minit.

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mengikuti langkah Tang Jie-Ee Wei apabila tewas kepada Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, 21-13, 24-26, 17-21 dalam masa 68 minit.

Iklan

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut tumbang apabila kecundang kepada Carolina Marin, 11-21, 11-21 dalam masa 34 minit.