Mbappe tak pernah bincang sambung perkhidmatan bersama PSG

Iklan
Mbappe - FOTO AGENSI

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengesahkan tidak pernah berbincang melanjutkan kontraknya dengan juara Ligue 1 Perancis itu selepas tahun depan.

Tonggak Perancis itu memberitahu dalam satu kenyataan pada Selasa, sehari selepas dia menghantar surat kepada pengurusan Les Parisiens bagi mengesahkan tidak akan mengambil pilihan untuk kekal di Paris.

Iklan
Iklan

PSG dimaklumkan pada 15 Julai 2022 mengenai keputusan Mbappe untuk tidak mengaktifkan pilihan melanjutkan kontraknya, yang berakhir selepas musim depan, bagi mengesahkan apa yang dituturkan tentang sebelum ini, kata kenyataan itu.

"Tiada pelanjutan kontrak berpotensi telah disebut.

Iklan

"Selepas menyatakan secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Mbappe akan menjadi pemain PSG musim depan, Mbappe tidak meminta untuk meninggalkan musim panas ini dan baru saja mengesahkan kepada kelab bahawa Mbappe

tidak akan mengaktifkan tahun tambahan,” jelas kenyataan daripada Mbappe.

Iklan

Surat Mbappe kepada PSG datang setahun selepas penyerang Perancis berusia 24 tahun itu menandatangani perjanjian baharu untuk kekal bersama juara Perancis itu, sambil menolak lamaran daripada gergasi LaLiga Sepanyol, Real Madrid.