Enam diberkas terlibat sindiket penipuan pelaburan

Iklan
Gambar hiasan.

KAJANG - Seramai enam individu termasuk seorang warga China disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman telah membuat serbuan ke atas rumah yang dijadikan sebagai 'calling centre' untuk aktiviti penipuan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita telah menahan empat lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 38 tahun. Polis turut merampas sebanyak 19 unit telefon bimbit pelbagai jenis, empat unit komputer riba, dua unit router internet dan satu set kunci rumah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaid berkata, hasil siasatan mendapati sindiket menjalankan kegiatan penipuan dalam talian dengan menawarkan pelaburan saham tidak wujud di China.

Iklan

"Xueqiu adalah sebuah laman web antara rangkaian sosial kewangan paling popular dalam kalangan pelabur di China," katanya.

Mohd Zaid berkata, pihak polis ingin mengingatkan kepada mana-mana individu agar tidak bekerja dengan sindiket penipuan dalam talian dan menjadikan pekerjaan di 'calling center' sindiket berkenaan sebagai sumber pendapatan.

Iklan

"Pekerjaan seperti ini adalah satu kesalahan jenayah dan mereka yang terlibat boleh dituduh di mahkamah.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan 'calling centre' boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114242," katanya.