SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) turut serta membantu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Timbalan Presiden MN, Datuk Zuraida Kamaruddin telah berkongsi gambar bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Saleh menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.