TOKYO - [KEMAS KINI] Dua anggota tentera dari Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) maut dan seorang lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di lapang sasar GSDF di Gifu City di tengah Jepun pada Rabu, lapor Xinhua memetik penyiar NHK.
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan (0000 GMT) di kemudahan GSDF, menurut penyiasat.
Polis Jepun menahan seorang ahli GSDF berusia 18 tahun yang dikatakan telah melepaskan tembakan dan didakwa atas cubaan membunuh, menurut penyiasat.
Mangsa termasuk seorang lelaki dalam lingkungan 50-an dan dua lagi dalam lingkungan 20-an dan tiada kematian melibatkan orang awam, menurut laporan itu.
Kawasan lapang sasar itu terletak beberapa kilometer di timur laut Stesen JR Gifu.
Tiada laporan kematian melibatkan orang awam dalam kejadian itu. - Bernama-Xinhua