[VIDEO] Enakmen Anti Lompat Parti perlu perkenan Sultan Johor

Iklan
Mohd Puad (dua dari kiri) mengadakan lawatan di Bazar Rakyat Agro Johor di Pusat Memproses Makanan Fama, Rengit pada Rabu.

BATU PAHAT - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Enakmen Anti Lompat Parti.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum enakmen berkenaan dibentang atau diluluskan pada sidang DUN.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, jelasnya, sidang DUN yang berlangsung pada Khamis akan lebih menumpukan kepada urusan kerajaan dan kewangan terlebih dahulu berbanding perkara lain.

"Saya yakin pemimpin di negeri ini mempunyai kebijaksanaannya tersendiri, lebih-lebih lagi setelah Sultan Ibrahim mahu pembangkang dipanggil sebagai pengimbang.

Iklan

"Oleh demikian, masing-masing akan mempunyai peranannya yang tersendiri dan pihak sebelah sana (pengimbang) juga suka pendekatan tersebut. Disebabkan itu, Johor lebih tenang, harmoni dan berwibawa.

"Bila sidang DUN berlangsung tiada jerit-jerit, maki-maki. Ini kerana kita sudah pun mengiktiraf mereka sebagai pengimbang bukannya pembangkang. Apa-apa pun kita akan berbincang dan tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan Bazar Rakyat Agro Johor di Pusat Memproses Makanan Fama, Rengit di sini pada Rabu.

Sebelum itu DUN Johor pada September tahun lalu menolak rundingan cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan khas peringkat negeri untuk menjalankan kajian dan cadangan Enakmen Anti Lompat Parti.

Cadangan berkenaan ditolak secara majoriti selepas 37 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak bersetuju terhadap cadangan, manakala 13 ADUN bersetuju supaya undian dijalankan.

Pada Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata hanya tujuh negeri sudah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing, berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN.

Negeri tersebut ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.