'Saya tentukan tarikh bubar DUN' - MB Kelantan

Iklan
Ahmad (kanan) semasa mengisytiharkan tarikh pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 pada 22 Jun ini selepas Mesyuarat Exco pada Rabu.

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan tarikh untuk menentukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak beliau sebagai ketua kerajaan negeri.

Ahmad berkata, perkara tersebut turut diguna pakai oleh rakan-rakan sejawatnya dari lima buah negeri yang akan menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN).

Iklan
Iklan

"Mereka (Menteri Besar) telah sepakat untuk melaksanakannya sama ada pada minggu pertama, kedua atau ketiga pada bulan ini," katanya selepas mengisytiharkan tarikh pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 pada 22 Jun ini selepas Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Menurut beliau, perkara tersebut tiada kaitan dengan kepimpinan Pas pusat dalam menentukan soal tersebut.

Iklan
Iklan

Ujarnya, bermula tarikh pembubaran DUN itu berkuat kuasa kerajaan sementara akan berfungsi secara automatik sehingga tertubuhnya kerajaan baharu.