Kerajaan Kelantan beri biasiswa kepada Muhammad Shahril

Iklan
Ahmad (dua dari kiri) semasa menziarahi Muhammad Shahril di rumahnya di Bachok.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersetuju memberikan biasiswa pengajian daripada Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Shahril Saidi, 18.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, biasiswa itu bagi membolehkan pelajar tersebut meneruskan pengajian dalam atau luar negeri.

Iklan
Iklan

"Muhammad Shahril merupakan pelajar soleh yang berbakti kepada orang tua di samping gigih dalam menuntut kecemerlangan ilmu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Muhammad Shahril menganggap keputusan 11A dalam SPM itu mungkin rezekinya yang mengutamakan ibunya dalam rutin harian.

Iklan

Dia membantu abang dan kakaknya menjaga ibu mereka yang terlantar sakit.

Ujarnya, rutin paginya ialah memandikan ibu sebelum pergi ke sekolah dan melakukan tugas sama apabila pulang dari sekolah.

Iklan

Sementara itu, pada Sabtu lalu ibu kepada pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama (SMU) Darul Iman, Beris Lalang tersebut telah meninggal dunia.

Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang terlantar akibat penyakit saraf sejak empat tahun lalu menghembus nafas terakhirnya kira-kira jam 8 malam.

ARTIKEL BERKAITAN:

https://www.sinarharian.com.my/article/263241/edisi/kelantan/pelajar-cemerlang-11a-terima-lebih-10-tawaran-pengajian-biasiswa

https://www.sinarharian.com.my/article/262879/edisi/kelantan/kelantan-teliti-bantuan-kepada-muhammad-syahril

https://www.sinarharian.com.my/article/262865/edisi/kelantan/pelajar-cemerlang-imamkan-sendiri-solat-jenazah-ibunbsp

https://www.sinarharian.com.my/article/262835/edisi/kelantan/ibu-kepada-pelajar-11a-meninggal-dunia