Kegiatan perdaya lelaki Pakistan jadi buruh paksa terbongkar

Iklan
Mohd Azam Ismail.

AMPANG - Kegiatan memperdayakan warga Pakistan untuk menjadi pekerja secara paksa di Malaysia terbongkar selepas tujuh lelaki ditahan di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Pakistan berusia 23 tahun mendakwa dipukul empat orang lelaki senegaranya di lokasi kejadian pada jam 8 malam Ahad.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa dipukul kerana meminta semula pasport yang disimpan oleh ejen yang membawa dia datang ke Malaysia untuk mencari kerja.

"Mangsa diugut tidak dibenarkan keluar daripada rumah dan dipukul menggunakan batang penyapu sehingga mengalami kesakitan pada badan dan lengan serta tangan kiri

Iklan

"Susulan itu, pada jam 5.30 Isnin lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya telah menyelamatkan empat lelaki warga Pakistan," katanya.

Menurutnya, polis menangkap seramai tujuh lelaki Pakistan berusia 21 hingga 44 tahun bagi membantu siasatan.

Iklan

"Turut dirampas 22 pasport mangsa, lima beg pakaian, tiga buah telefon bimbit, serta batang penyapu yang digunakan untuk memukul mangsa.

"Kesemua yang ditahan tiada rekod jenayah dan didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah," katanya.

Katanya, ketujuh-tujuh mereka direman bermula semalam sehingga Isnin hadapan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.