Pengendali pesawat wajib patuh peraturan, arahan

Iklan
Terdahulu tular rakaman video sebuah helikopter mendarat dipercayai menghantar seorang pelajar sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Setia Alam, Selangor.

PUTRAJAYA - Pengendali pesawat diingatkan agar mematuhi peraturan dan arahan bagi memastikan keselamatan orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Iklan
Iklan

"CAAM telah memulakan siasatan mengenai pengoperasian sebuah helikopter peribadi jenis G2CA-Cabri yang dilaporkan mendarat di Shah Alam, Selangor pada 17 April lalu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Arahan Penerbangan Awam (CADs).

Iklan

Terdahulu tular rakaman video sebuah helikopter mendarat dipercayai menghantar seorang pelajar sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Setia Alam, Selangor.

Helikopter itu mendarat di sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Setia Alam sebelum seorang kanak-kanak itu berjalan meninggalkan pesawat dengan juruterbang berdiri di tepinya.

Iklan

Difahamkan, ia kali kedua helikopter tersebut mendarat di kawasan itu namun penduduk tidak merakam kejadian pertama sebelum ini.