Indonesia sasar basmi kemiskinan tegar menjelang 2024

Iklan
Indonesia, negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara, menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2024.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

JAKARTA - Indonesia, negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara, menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2024.

Menteri Hal Ehwal Sosial (Mensos), Tri Rismaharini pada sidang media pada Selasa berkata, Presiden Joko Widodo telah meminta kementeriannya menangani kemiskinan tegar menjelang 2024.

Iklan
Iklan

Menteri itu berkata, beberapa program telah dimulakan untuk mencapai sasaran termasuk makanan untuk warga emas dan orang kurang upaya, bantuan untuk anak yatim (YAPI), Rumah Sejahtera Bersepadu (RST) dan Wira Ekonomi Indonesia (PENA), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Untuk itu, terdapat sekurang-kurangnya 100,000 penerima makanan, 33,775 penerima makanan kurang upaya, 378,745 penerima YAPI, 595 keluarga penerima RST, dan 7,500 penerima PENA pada 2023, katanya.

Iklan

Bagaimanapun, beliau mengakui kementerian menghadapi kesukaran untuk mengumpul data mengenai bakal penerima bantuan berikutan masa dan bajet kerajaan.

"Kementerian memerlukan masa yang panjang untuk melaksanakan penilaian ke atas bakal penerima bantuan supaya semua bantuan dapat sampai kepada penerima,” katanya.

Iklan

Dengan kira-kira 280 juta orang, Indonesia adalah negara keempat paling ramai penduduk di dunia. Pada masa ini, kadar kemiskinan negara berada pada 1.74 peratus daripada jumlah penduduk atau 5.5 juta. - Bernama