Ohhh Aishah!

Iklan
Gelagat spontan Aishah tular di media sosial.

LUCU! Pasti itu reaksi pertama apabila menonton klip video gelagat spontan seorang murid perempuan yang berlari melawan arah ketika menyertai acara larian 4x50 meter.

Difahamkan, klip video berdurasi 1 minit 24 saat yang tular itu dirakam sewaktu acara sukan tahunan di sebuah sekolah kebangsaan di Sungai Siput, Perak, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan klip video itu, tiga murid mewakili rumah sukan masing-masing sedang berlari namun namun apa yang mencuit hati netizen apabila salah seorang daripada rakan mereka berlari berlawanan arah.

Memetik Mstar Online, gelagat spontan Aishah Long@Rudy, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, dirakam pada 18 April lalu.

Iklan

Menurut Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SK Pos Kuala Mu, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof, Aishah merupakan anak Orang Asli Temiar dan pada awalnya tidak terlibat dalam acara tersebut.

Aishah hanya menggantikan rakannya yang demam selepas menyertai acara sukaneka.

Iklan

"Kebetulan dia pelari kedua, kami semua pun tak sangka dia ambil tindakan macam tu. Tapi kalau kita lihat, video itu murid rumah kuning dan rumah biru ada cikgu bimbing mereka.

"Tidak bagi rumah merah kerana kekurangan cikgu, sekolah pun kecil," katanya.

Jelas Megat Asrul, meskipun Aishah mempamerkan semangat kesukanan ketika berlari untuk sampai ke garisan penamat tetapi lariannya dibatalkan.

"Salah seorang cikgu kejar dia, ingatkan dia patah balik tetapi dia terus berlari. Kebetulan cikgu hujung padang hentikan dia.

"Kami selesaikan acara itu dengan melepaskan dua pelari lain sampai ke garisan penamat manakala larian rumah merah dibatalkan," katanya.

Walaupun kalah, kata Megat Asrul, hadiah tetap diberikan kepada ketiga-tiga rumah dan rumah merah mendapat tempat ketiga.