KELAB Liga Pro Belgium, KV Kortrijk mengesahkan pemilik De Kerels, Tan Sri Vincent Tan bersetuju melepaskan kelab yang ditubuhkan pada 1901 kepada ahli perniagaan berdarah Poland-Amerika Syarikat, Maciek Kaminski.
Kortrijk ketika berkongsi perkembangan itu dalam laman web rasmi kelab memetik Vincent sebagai berkata,"Saya ucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya.
Iklan
Iklan
"Kaminski adalah seorang pemilik yang bagus kepada kelab yang mana sudah memiliki pengalaman dalam bola sepak. Saya percaya dia akan membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi.
"Saya mahu mengambil peluang ini berterima kasih kepada para penyokong, staf dan bandar ini atas sokongan sepanjang tempoh saya berada di sini.”
Sebagai rekod, KV Kortrijk kendalian Bernd Storck mengakhiri cabaran liga musim ini di kedudukan ke-14 - hasil lapan menang, tujuh seri dan 19 kekalahan - mengumpul 31 mata.
Selain KV Kortrijk kelab yang menjadi tempat pemain negara Luqman Hakim Shamsudin menimba pengalaman sebelum menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman, Vincent juga merupakan pemilik kelab Liga Inggeris, Cardiff City.
Artikel Berkaitan